Arkib

Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Pembugaran Modul Pedagogi

6 Januari 2014 Tinggalkan komen
Kategori:info, Makluman, Tazkirah

Sahabat Selamanya – Hargailah sesuatu yang berharga

14 Jun 2013 Tinggalkan komen

Kategori:Tazkirah, video

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

11 Mei 2012 Tinggalkan komen
a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.   Orang  seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
 
b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa  mencari- cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil kecil  sekalipun  seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu  orang  pendendam mudah kena sakit jantung.
 
c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
 
d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
 
e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang  banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau  berapa  banyak  yang  diminum tetapi tidak  habis  juga  (lagipun orang tamak selalu rugi).   Ingat! Yang  dikatakan harta  atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.   Selagi  tidak diguna iaitu disimpan,   itu belum boleh dikatakan  rezeki kita  (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah   rezeki itu sedikit tetapi mendapat  keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
 
g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.  Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.  Pasal semua orang adaegonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut
 
h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.  Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya  tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
 
i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pulamenjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan danrebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia  itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH.  Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah  atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita  tetapi  andainya  bermujahadah kita akan dibantu Allahdan akan bahagia jua akhirnya.Sama-samalah  kita  sentiasa  ingat  mengingati  antara  satu sama  lain,  andai kita  terleka  dengan  dunia buruk padahnya.

Tempurung ??????

25 April 2012 2 comments

Perumpamaan yang kita sering dengar sebelum ini ” SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG “. Satu perumpamaan kepada orang yang berfikiran sempit serta cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar. Saya mengajak tuan/puan bayangkan bagaimana sekiranya tempurung itu berlut sinar.

Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku di sekeliling, …. tapi…. Berapa ramai yang peka dan ambil peduli serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku.

Adakah ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’.

1) Adakah anda selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah?

2) Adakah anda tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru?

3) Adakah anda hanya menunggu idea orang lain daripada terus memberi idea sendiri?

4) Adakah anda hanya terpaku, hanya membisu seribu bahasa?

5) Adakah anda hanya mampu beraksi di luar gelanggang daripada dalam gelanggang yang sebenar?

Hari ini orang sering memperkatakan kehebatan dan kelebihan orang lain. Tetapi tidak semua bersedia untuk mengikuti jejak langkah atau ‘track’ berkenaan. Budaya hanya melihat, menunggu, mendiamkan diri, kedekut idea, tenaga atau hanya suka komen idea orang lain … masih terpahat dalam jiwa dan hati sanubari.

Sesungguhnya tiada had laju dalam perjalanan menuju keunggulan.

Dan kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha serta kesepaduan tenaga dan fikiran.

Budaya tidak mahu bersusah-susah demi kepentingan organisasi dan ummah perlu diubah secara hikmah. Tindakan berkonsep hikmah adalah berbeza mengikut situasi dan kerenah kumpulan sasar.

Tazkirah : 7 Sunnah Rasulullah SAW

20 April 2012 3 comments

Kategori:Tazkirah

Dedikasi Khas untuk Guruku

12 Mei 2011 Tinggalkan komen

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

( dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta )

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang bertauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu duka

Semakin terpencil duduknya diceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada Negara

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu , guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “ CIKGU ” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG

1979

Kategori:info, Tazkirah

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

3 Januari 2011 Tinggalkan komen

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Kategori:Tazkirah

Tazkirah

21 Mei 2010 Tinggalkan komen

HADITH DAN FALSAFAH

MAKAN MAKANAN YANG BAIK

Makanan penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi bukan semua makanan boleh dimakan walaupun pada dasarnya setiap isi alam adalah makanan manusia. Hanya yang baik dan halal saja boleh dimakan. Islam selalu mengingatkan golongan muslimin dan muslimat agar beringat-ingat mengenai aspek makanan. Ini kerana jika mereka terlupa, mereka akan jadi seperti syaitan, yang merupakan seteru manusia yang paling dahsyat.

Firman Allah,

”Hai manuasia, makanlah apa-apa sahaja ynag ada dibumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu”. ( al-Baqarah: 168 )

Kategori:Tazkirah

Tazkirah

7 Mei 2010 2 comments

SETIA ISTERI KEPADA SUAMI

Salman al-Farisi menceritakan pada suatu hari puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra pergi kerumah bapanya dengan wajah pucat dan menangis. Dia kemudian bercerita kepada bapanya, ”Ayah, semalam saya dan Ali bergurau dan bercakap-cakap. Tiba-tiba terkeluar kata-kata yang membuatkan dia marah. Saya sedih, menyesal dan merayu meminta maaf dengannya. Saya mengelilinginya sebanyak 70 kali sehingga dia reda dan tersenyum semula. Saya takut kemurkaan Tuhan,”

Rasulullah menjawab, ”anakku, demi ALLAH, sekiranya engkau meninggal dunia sebelum Ali memaafkanmu, aku tidak akan menyembahyangkan jenazah kamu.”

BAGINDA BERSABDA LAGI,

”tidakkah engkau mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan ALLAH ? Marahnya juga marah ALLAH. Perempuan yang beribadat, jika tidak diredai suami, ibadatnya tidak akan diterima ALLAH.”

SAMBUNG BAGINDA LAGI,

”anakku, sebaik-baiknya amalan wanita ialah mentaati suami dan tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi mereka selain duduk menjahit pakaian suaminya. Orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anaknya, akan masuk syurga dan diberikan ALLAH sebuah kota di syurga sebanyaknya bilangan pakaian yang dipakai suami hasil usahanya itu”.

Kategori:Tazkirah

Tazkirah Jumaat

30 April 2010 Tinggalkan komen

HADITH & FALSAFAH

Setiap anggota tubuh manusia ada peranan masing-masing. Setiap anggota itu adalah nikmat ALLAH. Justeru kita perlu bersyukur dengan nikmat tersebut dan gunakan ia sebaik mungkin.

Firman ALLAH,

”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti ALLAH akan menambahkan(nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat yang Allah berikan), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. ( Surah Ibrahim: 7 )

Tuhuh anggota berkenaan ada peranannya masing-masing :

  1. Mata untuk membaca al-Quran dan melihat perkara yang baik yang tidak berunsur maksiat.
  2. Telinga untuk mendengar sesuatu yang baik.
  3. Lidah untuk membanyakkan zikir, pujian kepada Allah, menghindari nista, umpat dan kejian.
  4. Tangan untuk digunakan ke arah kebaikan diri dan orang lain, bukan perkara haram.
  5. Kaki untuk berjalan ke tempat yang baik, bukan ke tempat maksiat.
  6. Perut untuk diisi dengan makanan halal, tidak berlebihan sebaliknya makanan untuk menguatkan tubuh bagi memudahkan beribadat.
  7. Kemaluan untuk digunakan ke jalan diredai Allah dan hindari zina atau rogol.