Polisi Kualiti STAF

KAMI , WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 01 , MERSING ADALAH PENYEBAR ILMU YANG SENTIASA BERUSAHA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KAMI DENGAN PENUH ILTIZAM , DEDIKASI , PROAKTIF  DAN INOVATIF UNTUK KECEMERLANGAN ANAK – ANAK DIDIK KAMI , DEMI KEBERKATAN DARI ALLAH SUBAHANAHUWATAALLA SEBAGAIMANA TERMAKTUB DALAM PRINSIP ” STAF ” YANG BERIKUT :

~ SIDDIQ ~

Kami sentiasa mengamalkan etika yang benar dan yang dibenarkan dalam tanggungjawab kami. Kami menyampaikan ilmu yang benar. Kami berkata benar. Kami berbuat benar dan sentiasa mengelak daripada perkara dan perbuatan yang tidak benar. Dengan SIDDIQ , kami akan dapat melahirkan generasi yang berilmu.

~ TABLIGH ~

Kami sentiasa menyampaikan ilmu tanpa banyak karenah. Kami sentiasa bertukar fikiran dan mendidik dengan jujur dan ikhlas kepada yang berhak. Dengan TABLIGH , kami akan melahirkan generasi yang berilmu.

~ AMANAH ~

Kami sentiasa bersikap amanah kepada pengurusan kami , kepada anak murid kami dan sesama kami. Kami amanah terhadap masa : mula dengan ketepatan , berhenti dengan ketetapan. Kami amanah terhadap tanggungjawab : bekerja bermatlamat , orientasi proses menjadi amalan. Kami amanah terhadap harta : Kami gunakan untuk yang berhak , kami laksanakan dengan penuh cekap. Dengan AMANAH , kami akan dapat melahirkan generasi yang dipercayai.

~ FATANAH ~

Kami sentiasa berusaha untuk menambah ilmu kami. Kami mengamalkan budaya ilmu dan sentiasa mempelbagaikan strategi P&P kami. Melalui ilmu yang tinggi , kami akan lebih yakin dan akan diyakini oleh anak murid kami. Perkara negatif kami tidak berminat , berfikiran positif terlalu amat. Dengan FATANAH , kami akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang.

 

PRINSIP STAF ADALAH POLISI KUALITI KAMI

PRINSIP STAF ADALAH HAK MURID KE ATAS KAMI

PRINSIP STAF ADALAH MARUAH KAMI

 

* sumber dari profil sekolah