Pemantauan TBGB 2013

18 Februari 2014 Tinggalkan komen

Sekitar Pemantauan TBGB 2013 pada 18/Februari/2014 oleh Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti seluruh Malaysia bagi Pemantauan Tawaran Baru Guru Besar 2013

DSC07539

DSC07542

DSC07543

DSC07544

DSC07545

Kategori:gambar, info, Majlis Rasmi

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT AWAM BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Makluman dan Tindakan :

Guru Besar dan Semua Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan surat JPNJ.PKHD(26) /100-3/8/1/(82) Bth: 30 Januari 2014 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan surat siaran berkenaan,carta Aliran dan borang perakuan (Lampiran D) untuk di ambil tindakan.

3. Borang tersebut diisi dalam 3 salinan dan bagi sekolah rendah 1 salinan hendaklah dihantar ke Unit Buku Rekod Perkhidmatan PPD Mersing , dan bagi sekolah Menengah Harian 1 hendaklah dihantar ke Unit Buku Rekod Perkhidmatan JPNJ manakala bagi sekolah Menengah PTJ diurus oleh sekolah masing-masing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya,

Terima kasih.

Lampiran 1 : AKTA_RAHSIA.zip

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MERSING KALI KE -36 TAHUN 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

tindakan dan Makluman :

GPK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan

1. Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa takilmat inin akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 Feb 2014 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan , PPD Lama

3.. Kehadiran pengurus pasukan atau wakil amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Makluman Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Tahun 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Tindakan dan Makluman :

Setiauasah Peperiksaan dan Semua Guru

Assalamu a’laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld.3 (31) bertarikh 10 Februari 2014 yang menjelaskan perkara berkenaan.

Sekian. Wassalam

Lampiran : Surat Data Pep.Dalaman.pdf

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 TAHUN 2013: PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Assalamu a’laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dilampirkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 untuk panduan dan rujukan pihak sekolah.
Wassalam.

Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:

Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum pula adalah seperti berikut:

Peruntukan masa untuk arus perdana adalah seperti berikut (lampiran 1):

Kategori:Hebahan, Makluman

Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Assalamu a’laikum wrth .

Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk panduan dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.
Lampiran : Program_Intervensi_Lima_Langkah_PILL_PPL_DTP_2013.rar

Kategori:info, Makluman, Tindakan

URUSAN PEMANGKUAN PPP GRED DG41 KE GRED DG44 (BIDANG UMUM.BIDANG TEKNIKAL,DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2014 DI KPM.

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Tindakan : Guru berkenaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi PPP Gred DG41 ke Gred DG44 (Bidang Umum, Teknikal, dan Pendidikan Islam).Permohonan adalah melalui sistem e-pangkat.

Tarikh tutup permohonan pada 17 Mac 2014.

Sekian terima kasih.

Link : http://apps2.moe.gov.my/epangkat

Kategori:Makluman, Tindakan

MESYUARAT PENGURUS KEJPHANAN BOLA BALING L/P 12 DAN 18 TAHUN MSSD MERSING

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Makluman dan Tindakan : GPK Kokurikulum dan Pengurus Pasukan

1. Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan .

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa mesyuarat ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 Feb 2014 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

3. Kehadiran pengurus pasukan dari sekolah tuan dalam mesyuarat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Kategori:Makluman, Tindakan

SEMINAR CINTA NEGARA GURU-GURU DISIPLIN DAERAH MERSING

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

makluman :

Assalamualaikum….,

Seminar akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
8.00 – 8.30 pagi ( pendaftaran )
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Sasaran : Seorang guru disiplin , seorang wakil PIBG , AJK AKRAB

2. Surat panggilan menghadiri seminar telah dimasukkan ke peti surat sekolah pada 13 Februari 2014. Sehubungan itu , tuan-tuan dijemput hadir ke seminar tersebut.

3. Majlis akan bermula tepat jam 8.30 pagi. Mohon hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kerjasama tuan-tuan amat kami hargai.Sebarang pertanyaan mengenai seminar sila hubungi Pn. Norhimah bt. Ismail di talian 013-3481415.

Sekian , terima kasih.

PERTANDINGAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH MERSING 2014

1 Februari 2014 Tinggalkan komen

Tindakan : Guru Besar , Guru Perpustakaan dan Media

Makluman :

Assalamualaikum dan slama sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

Perkara di atas adalah dirujuk,

Pusat Kegiatan Guru Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dijangka akan mengadakan pertandingan tersebut pada :

Hari : Ahad
Tarikh : 16 Februari 2014
Masa : 8.00 pg – 5.00 ptg
Tempat : PKG Bandar Mersing

Oleh yang demikian, pihak sekolah dikehendaki menghantar calon-calon yang berkelayakan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Sila kembalikan Borang NILAM 01 dengan segera ke Unit Pentadbiran, PKG Bandar Mersing ( u.p : En. Khairil Firmansyah bin Anuar ) sebelum / pada Ahad , 09 Februari 2014. Borang NILAM 02 hingga Borang NILAM 05 perlu dibawa bersama semasa hari pertandingan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Khairil Firmansyah bin Anuar ( PKG Bandar Mersing, No.tel :-07-7994137 dan 012-6444480 ) dan En. Mohd bin Abdul Rahim ( PKG Endau :- 011-11911335 dan 07-7944197 ).

Sekian, Terima kasih.

Lampiran : NILAM_MERSING_2014.zip