Pemantauan TBGB 2013

18 Februari 2014 Tinggalkan komen

Sekitar Pemantauan TBGB 2013 pada 18/Februari/2014 oleh Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti seluruh Malaysia bagi Pemantauan Tawaran Baru Guru Besar 2013

DSC07539

DSC07542

DSC07543

DSC07544

DSC07545

Kategori:gambar, info, Majlis Rasmi

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT AWAM BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Makluman dan Tindakan :

Guru Besar dan Semua Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan surat JPNJ.PKHD(26) /100-3/8/1/(82) Bth: 30 Januari 2014 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan surat siaran berkenaan,carta Aliran dan borang perakuan (Lampiran D) untuk di ambil tindakan.

3. Borang tersebut diisi dalam 3 salinan dan bagi sekolah rendah 1 salinan hendaklah dihantar ke Unit Buku Rekod Perkhidmatan PPD Mersing , dan bagi sekolah Menengah Harian 1 hendaklah dihantar ke Unit Buku Rekod Perkhidmatan JPNJ manakala bagi sekolah Menengah PTJ diurus oleh sekolah masing-masing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya,

Terima kasih.

Lampiran 1 : AKTA_RAHSIA.zip

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MERSING KALI KE -36 TAHUN 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

tindakan dan Makluman :

GPK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan

1. Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa takilmat inin akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 Feb 2014 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan , PPD Lama

3.. Kehadiran pengurus pasukan atau wakil amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Makluman Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Tahun 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Tindakan dan Makluman :

Setiauasah Peperiksaan dan Semua Guru

Assalamu a’laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld.3 (31) bertarikh 10 Februari 2014 yang menjelaskan perkara berkenaan.

Sekian. Wassalam

Lampiran : Surat Data Pep.Dalaman.pdf

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 TAHUN 2013: PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2014

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Assalamu a’laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dilampirkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 untuk panduan dan rujukan pihak sekolah.
Wassalam.

Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:

Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum pula adalah seperti berikut:

Peruntukan masa untuk arus perdana adalah seperti berikut (lampiran 1):

Kategori:Hebahan, Makluman

Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Assalamu a’laikum wrth .

Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk panduan dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.
Lampiran : Program_Intervensi_Lima_Langkah_PILL_PPL_DTP_2013.rar

Kategori:info, Makluman, Tindakan

URUSAN PEMANGKUAN PPP GRED DG41 KE GRED DG44 (BIDANG UMUM.BIDANG TEKNIKAL,DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2014 DI KPM.

17 Februari 2014 Tinggalkan komen

Tindakan : Guru berkenaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi PPP Gred DG41 ke Gred DG44 (Bidang Umum, Teknikal, dan Pendidikan Islam).Permohonan adalah melalui sistem e-pangkat.

Tarikh tutup permohonan pada 17 Mac 2014.

Sekian terima kasih.

Link : http://apps2.moe.gov.my/epangkat

Kategori:Makluman, Tindakan
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.