Ucapan Aluan Guru Besar

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sebuah Weblog Portal Rasmi SK Felda Tenggaroh 1 kita garap dan diteruskan lagi penggunaanya untuk tahun ini. Tujuannya supaya kita tidak menyimpang dari landasan visi dan misi membina sekolah cemerlang SK LKTP Tenggaroh 01, Mersing, Johor.

Pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting bagi menghasilkan pengurusan yang cekap dan sistematik, diharap menjadi panduan kepada semua guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Disamping itu, mewujudkan budaya kerja cemerlang selari dengan etika kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cita-cita membina sekolah yang cemerlang dan berkesan bukan satu fantasi atau angan-angan kosong tetapi kesungguhan menjadikannya realiti. Faktor-faktor berikut tentunya membantu terlaksananya cita-cita murni tersebut. Kekuatan sekolah, guru yang dedikasi, kemudahan yang mencukupi, pasukan kerja yang mantap, pusat sumber yang berkesan dan bermatlumat serta suasana persekitaran yang konduusif, kawalan mutu penyeliaan serta tindakan penambahbaikan pasti membantu.

Matlamat menjadikan SK Felda Tenggaroh 01 cemerlang mungkin tidak mencapai dengan mendadak tetapi melalui pendekatan yang berperingkat-peringkat serta mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan secara langsung atau tidak langsung. Yang pastinya melalui motto “Berilmu dan Berjasa” dapat menjadikan SK Felda Tenggaroh 01 berterusan cemerlang dalam semua aspek kurikulum, khususnya dalam UPSR, kokurikulum dan sahsiah warganya.

” BERILMU DAN BERJASA”

Sekian, Terima Kasih

Pn Azimah bt Md Zin

  1. 4 Februari 2014 at 1:17 am

    Best Ucapan Aluan Guru Besar | Portal Rasmi SK Felda Tenggaroh 01
    I’ve learn several good stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting.
    I wonder how much attempt you place to make
    any such wonderful informative site.

  2. azimahzin
    7 Januari 2014 at 10:23 am

    TAHNIAH SKLKTP Tenggaroh 01. Warga kerja yang cemerlang.

  3. 19 Julai 2013 at 9:58 am

    Excellent article. Just wondering what inspired you to share it in the first place?

  4. 4 Julai 2012 at 5:50 am

    Greetings, I believe your site could be having internet browser
    compatibility issues. Whenever I take a look at your blog
    in Safari, it looks fine however when opening in IE, it’s got some overlapping issues. I merely wanted to give you a quick heads up! Aside from that, fantastic site! payday loans fargo nd

  5. 11 September 2011 at 10:14 pm

    Tahniah, murid pra SK F 1 tenggaroh…. kepada gb yg berusaha keras… juga tahniah diucapkan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen