Buku Tamu

Jika ada sebarang cadangan , komen atau apa juga pandangan dari anda bolehlah menghubungi kami atau tinggalkan pesanan anda diruangan komen di bawah :

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 01,

Jalan Leban , 86810 Mersing ,

Johor .

Tel : 07 – 7913406

Fax : 07 – 7913406

Email : azlieayes@yahoo.com.my

 

  1. azimahzin
    4 April 2014 at 9:38 pm

    Ah! leganya dah dapat keputusan baiah. Alhamdulillah…. Berkat kesabaran. walaupun kadang-kadang hati terguris juga……

  2. azimahzin
    4 April 2014 at 8:52 pm

    selamat berjaya

  3. zuraida mohamad
    18 Januari 2012 at 9:00 pm

    harapan saya semoga satu hari nanti saya boleh membantu meningkatkan lagi prestasi sekolah yang pernah mendidik saya sehingga saya menjadi seorang yang berguna….

    • 7 April 2012 at 3:01 pm

      kami amat mengalu-alukan apa jua sumbangan yang berguna kepada pihak sekolah terutamanya kepada anak-anak didik bagi memajukan lagi prestasi sekolah.

  4. zuraida mohamad
    18 Januari 2012 at 8:58 pm

    tak sangka ada web sekolah rendah lama saya dulu ye….lepas ni boleh le selalu jenguk web ni……

  5. fazlin
    7 Oktober 2011 at 11:45 pm

    portal yg menarik….update selalu utk makluman ….tq..

    • 10 Oktober 2011 at 5:14 pm

      insyaALLAH …

  6. 30 Jun 2011 at 1:25 am

    Assalamualaikum,saya bekas pelajar SK Tenggaroh Satu tahun 1984-1989 mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas penubuhan portal ini.Saya mencadangkan agar foto guru2 yang pernah berkhidmat di SKT diletakan di portal ini.Bekas pelajar tahun1989 ada menubuhkan kump. bekas pelajar di Facebook.(semak Ex.Student Sek.Ren.Keb.LKTP Tenggaroh Satu.)

    • 30 Jun 2011 at 10:33 am

      Terima Kasih kerana melawat weblog Sekolah ini . Kami telah cuba mengumpulkan foto-foto bekas guru sekolah ini tetapi usaha itu tidak dapat dilaksanakan kerana tiada dokumentasi pada ketika itu. Kami juga telah menyertai akaun Facebook , cuba anda semak link ini : http://www.facebook.com/group.php?gid=321584042499

  7. cikgu sidek
    8 Mei 2011 at 1:32 am

    Assalaimuakum. saya mengucapkan selamat hari pekerja & hari guru kpd semua warga sk. tenggaroh 1.

    • 11 Mei 2011 at 9:19 am

      Waalaikumsalam . Terima Kasih kepada Cikgu Sidek. Saya mewakili seluruh warga SK Tenggaroh 1 mengucapkan SELAMAT HARI GURU jua kepada Cikgu Sidek , jasa anda disini akan kami kenang sepanjang zaman. Semoga anda akan terus maju di tempat anda bertugas sekarang , ada masa singgah la disini , kami sentiasa menyambut kedatangan anda.

  8. 26 Mac 2011 at 8:18 pm

    Assala mualaikum..apa khabar semua.Saya Rosdiati Minhaj pernah bertugas di sini sebagai GPK HEM tahun 2007..apa khabar Pak Lah,Pak Mat,Along dan keluarganya-pengusaha Kantin) Kak Ani (PAR)..kerani India (maaf saya lupa namanya) serta guru-guru…anda semua telah banyak membantu saya semasa saya berada diperantauan ini..kirim salam kepada guru besarnya…masih minat memancing lagi..saya telah pun bersara pada 01.11.2009…sekarang kerja sambilan buat bisnes online bersama anak http://kmusicstore.blogspot.com Akhir sekali saya ucapkan selamat maju jaya Tenggaroh 1 kau sentiasa dalam ingatan ku.

    • 28 Mac 2011 at 9:10 am

      Waalikumsallam wbt … saya sebagai wakil @ selaku admin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat weblog sekolah. Mereka semua sihat selalu. Pengusaha kantin telah di ambil alih oleh individu lain. Guru Besar pon telah bertukar ke sekolah lain … Diharapkan Puan akan terus gembira dengan kerjaya baru puan … Kami mendoakan agar puan sentiasa sihat dan mendapat keberkatan dariNYA … Amin….

  9. zami
    9 Januari 2011 at 12:32 pm

    Tahniah kepda EN. Azlie B. Ayes kerana menjadi GPK kokurikulum yang baru SK.LKTP Tenggaroh 01. Semoga majujaya

    • azlieayes
      11 Januari 2011 at 1:32 am

      haha …. pandai la en nizam ni … bergurau ni …

  10. nilisharizam
    14 November 2010 at 9:54 pm

    selamat menyambuat Hari Raya Aidiladha yang akan datang kepada semua WARGA SKT01. zkepada yang perantauan takdapat balik beraya di kampung, berayalah je di sini ye !
    Salam 1 Malaysia

  11. Abd Aziz bin Jaariff
    22 April 2010 at 10:08 pm

    Assalamualaikum…warga sk tenggaroh 1….saya adalah bekas guru di sini…saya 1st posting kat sini…1/12/1994-1998…alhamdulillah dengan wujudnya blog ini, dpt kembali saya melihat wajah kawan2 lama dan wajah sekolah yg menyimpan 1001 kenangan dlm hidup saya…saya mohon sesgt pada saudara admin, untuk sampaikan pesanan kepada cg salihin, my housemate untuk menghubungi saya di 0124191110….pengalaman mengajar di sini amat bermakna dalam hidup saya…yg merupakan pengalaman bekerja yg paling menyeronokkan walaupun sekarang saya telah mengajar di negeri sendiri…w/salam

    • azlieayes
      29 April 2010 at 9:43 am

      salam… Dari meja admin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawati weblog kami dan melawat weblog sekolah lama anda…. sekiranya anda ada maklumat yang boleh dikongsi bersama. sudi-sudilah berkongsi bersama dengan kami…. saya akan sampikan pada cikgu sallihin …. Insyaallah..

    • mazni
      14 November 2010 at 9:59 pm

      ziz anAK BRAPA DAH ? KEJA KUAT LAGI YOP !tmpt jatuh lagi dikenang inikan mula tmpt kali pertama berjumpa . maju kedah 2011

  12. 17 April 2010 at 10:16 pm

    Salam, tima ksh atas kewujudan laman web ni yang m’blehkan smua kakitgn SKT1 untuk b’hubg dan m’dpt info terkini dr dptan2 smua pelayar laman web ni… Smoga thn ni SKT1 trus berjaya m’cpai sasaran “SEKOLAH CEMERLANG” thn 2010… Insya’Allah..

    • azlieayes
      19 April 2010 at 7:45 am

      salam 1 malaysia. terima kasih kerana mengunjungi weblog sekolah kami. Dari pihak kami terutama dari meja admin akan berusah untuk memberikan yag terkini bagi memberikan info terkini kepada semua… Insya’Allah.

  13. 7 April 2010 at 6:52 pm

    selamat datang ke Laman web (blog) SK NITAR 1 MERSING

    http://sk-nitar1.blogspot.com/

    T.Kasih

    • 8 April 2010 at 7:21 am

      salam…. terima kasih kerana mengunjungi weblog kami…. selamat datang ke dunia tanpa sempadan….

  14. mohammad syahrin rosmin
    31 Mac 2010 at 9:42 pm

    Berminat utk me Wifi kn sekolah anda dengan sistem portal?

    • 1 April 2010 at 7:51 am

      Salam…. Terima kasih kerana sudi melawat weblog sekolah kami… Maksud saudara dengan “me Wifi” kn itu apa ? sekiranya bermanfaat untuk semua , sumbangan anda sangat2 di alu – alukan…

  15. ruhayu rahman
    30 Mac 2010 at 11:35 am

    salam muhibbah…terima kasih kepada admin yang sudi mewujudkan laman web sek tenggaroh nie…..

    • 1 April 2010 at 7:48 am

      Terima Kasih kerana sudi melawat laman weblog sekolah kami…

  16. izam
    5 Mac 2010 at 10:39 am

    kejohanan badminton pilihan terbuka anjuran persatuan badminton skt 01 akan diadakan didewan orang ramai felda tgh 01 pada 10,11,12 mac 2010. untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Abd. Ghaffar B. Ahmad selaku penganjur. BAyaran sebanyak $ 22.00. Pilihan Beregu sendiri. sila daftar secepat mungkin

    • 8 Mac 2010 at 7:46 am

      Saya akan membuat hebahan pada ruangan makluman dan hebahan….. Terima Kasih…

  17. 2 Mac 2010 at 9:36 am

    APA CERITA SUKAN SEKOLAH TAkde gambar ke

    • 5 Mac 2010 at 9:09 am

      En Nizam , kami sudah memuatnaik gambar-gambar sukan sekolah yang terbaru. Sudi-sudilah melawatinya, Terima Kasih.

  18. zulhilmi bin razali (1997)
    25 Februari 2010 at 10:42 pm

    ermmm sekolah lama… cadangan.. minta admin suggest dekat pengetua sekolah untuk panggil balik alumni sekolah.. kumpul balik mereka ini..

    • 1 Mac 2010 at 8:49 am

      Salam….. Cadangan yang baik…. Insyaallah kita akan cuba pada tahun-tahun akan datang…..

  19. Md Sani
    23 Februari 2010 at 1:31 pm

    Tahniah kepada semua warga SK tenggaro 1 telah berjaya mengadakan laman web sekolah yangmana dapat memaparkan segala aktiviti dan perkembangan sekolah dari semasa ke semasa bukan sahaja dapat dilayari oleh warga sekolah Tengaro 1 tapi seluruh warga pendidik khasnya dan warga Malaysia amnya. Walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Apa yang penting Sekolah Tenggaro 1 telah “Melangkah Se langkah Kehadapan” Tahniah.

    • 24 Februari 2010 at 10:12 am

      Salam. Terima kasih kerana sudi melawati laman weblog kami. Dari admin akan berusaha untuk menambahbaikkan lagi dari masa ke semasa.

  20. 18 Februari 2010 at 2:38 am

    Salam. Terharu bila dengar lagu kat blog ni sambil ingat kembali kenangan zaman kanak-kanak kat sekolah yg aku sayangi ni. Bermula dari pra-sekolah hinggalah saya tamat darjah 6 pd thn 2000. Banyak kenangan manis yg x boleh dilupakan termasuklah kejutan UPSR dapat 5A dgn geng2 yg lain,nadiah,sarman..sejak masuk sekolah menengah,kebanyakkannya dah x jumpa. Rindu korang sume. Time tu guru besar adalah cikgu Dzulkifli,ajar english,ingat lagi kena piat telinga sebab x ingat “masih” dlm english ape,terus dia nyanyi masihkah kau ingat (nyanyian kopratasa),cikgu,sy ingat sampai sekarang. Kpd cikgu2 yg masih ingat saya,jgn risau,walau di mana anda berada,dirimu dlm doaku stp kali lepas solat. Alhamdulillah,skrg sy di UKM,pelajar tahun 3 jurusan perakaunan. Kadang2 balik kampung,tengok sekolah dah makin cantik,dah ada web blog lagi. Mesti anak murid pon dah pakar IT kan..huhu..dulu saya nak taip pun x reti..InsyaAllah,jika ada sebarang perkara yang boleh saya bantu,boleh beritahu kepada abah saya (pakcik tukiran rumah no 223, jln meranti), xpun anak buah saya ada gak kat sekolah tu (Nabilah bt Zaiful Bahari,darjah 5). Saya memang nak berjasa dengan sekolah jika tiada hal. TERIMA KASIH CIKGU.

    • 23 Februari 2010 at 12:26 am

      Salam. Terima kasih kerana sudi melawati laman weblog kami , saya selaku admin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian anda memberikan komen positif. Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan apa jua kepada sekolah , boleh terus hubungi pihak sekolah… Terima Kasih…. saya juga anak jati felda tenggaroh 1. Inilah sumbangan saya kepada sekolah ini.

  21. jat
    8 Februari 2010 at 10:52 pm

    Assalammualaikum.Tahniah kerana kewujudan laman web yang saya tunggu-tunggu ini.Rajin-rajinlah mengemaskininya.Tentu lebih menarik kalau disertai gambar-gambar aktiviti terkini.

    • 9 Februari 2010 at 12:47 pm

      Salam. Terima Kasih kerana menyokong kami. Kami dari meja admin akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

  22. 29 Disember 2009 at 10:05 pm

    asmlkm. mana album aktiviti sekolah? Gambar-gambar cikgu tak ada ke? Nak tengok wajah cikgu Arbiah Saim iaitu perempuan melayu terakhir. Lawa lagi ke? Ramai yang minat masa kat Penang!

    • 5 Januari 2010 at 9:21 am

      Salam. Kami masih dalam pengemaskinian. InsyaALLAH. Kami akan upload gambar staf kami dalam waktu yang terdekat. Terima Kasih…

  23. 20 November 2009 at 11:56 pm

    Tahniah kepada semua pelajar SK Felda Tenggaroh 01 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2009. Diharapkan akan terus kekal untuk tahun-tahun yang akan datang…wasalam…

  24. ghaffar
    17 November 2009 at 12:03 pm

    tahun depan ni rasa-rasanya nak bersara jdi pengerusi badminton ganti jose rizal. ok tak

    • 18 November 2009 at 7:33 am

      kenapa cikgu ghaffar nk bersara…? ops… dah xxx ye. ok la tu… harap mr rafizal dpt beri komitmen mcm cikgu ghaffar gak..

  25. Pengerusi KEPTAN Caw. Mersing
    12 November 2009 at 2:55 pm

    Tahniah kepada seluruh warga SK Tenggaroh 1 di atas kewujudan laman web rasmi ini.

    • 13 November 2009 at 10:48 am

      Salam. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kerana sudi melawati laman blog kami.

  26. izam
    12 November 2009 at 11:28 am

    salam.ada tak slot pasukan badminton guru, kelab jelajah basikal ke?

    • 12 November 2009 at 11:34 am

      Salam. Setakat ini masih dalam pembinaan. Ruangan aktiviti guru-guru akan dibina untuk memudahkan guru-guru memasukkan apa jua aktiviti guru. Terima kasih atas cadangan dari anda. Wassalam…

  27. azman.yusof@moe.gov.my
    11 November 2009 at 11:39 am

    ‘slm admin@sktg01,

    tahniah atas kelahiran sktg01 online…

    sekiranya blog ini menghadapi sekatan websense untuk di akses melalui talian schoolnet, sila mohon kepada hisham@btmk untuk dikecualikan dari sekatan schoolnet.

    ‘wassalam
    umict@ppdmg

    • 12 November 2009 at 7:33 am

      Salam. Terima Kasih En Azman. Pihak Kami terutama dari meja admin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PPD Mersing kerana menyokong kami.

  28. Norafizen
    11 November 2009 at 11:28 am

    Salam. Tahniah kepada pengerak dibelakang tabir (webmaster) yang berjaya membina laman ini. Semoga berguna kepada kita semua.

    • izam
      12 November 2009 at 11:31 am

      di belakang tabir tu siapa ye

      • 12 November 2009 at 11:58 am

        seorang hamba ALLAH swt.

  29. azlie
    11 November 2009 at 9:04 am

    Salam. Tahniah…. Teruskan Usaha murni kearah pendidikan berkualiti dan pembangunan modal insan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: