Sejarah Sekolah

Bangunan Sekolah

     Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 01 di tubuhkan pada 12 September 1982 dengan menggunakan bangunan sementara iaitu bangunan Sekolah Agama yang masih belum digunakan lagi pada masa itu. Pentadbirannya di bawah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing dibawah penyeliaan Encik Harun bin Senawi. Tenaga pengajarnya pada ketika itu seramai 3 orang dan bilangan pelajar seramai 49 orang. Bilik darjah yang dibuka hanya 3 buah iaitu darjah 1 hingga darjah 3.

     Pada 16 Oktober 1983 , bangunan Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 01 telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan pada ketika itu. Sekolah yang baru ini mempunyai 2 buah bangunan 2 tingkat dan sebuah bangunan kantin. Pada hari yang sama juga , bangunan ini telah digunakan sebaik-baiknya bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak FELDA. Guru Besar pertama nbagi sekolah ini ialah Encik Atan bin Hj Endot. Beliau berasal dari Daerah Mersing. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebngsaan Bandar Mersing.

     Pada Disember 1992 , sebuah lagi bangunan telah diserahkan kepada pihak sekolah ( Bangunan Pusat Sumber ). Bangunan ini dimuatkan dengan kemudahan biliki perpustakaan , bilik tayangan dan bilik menyimpan bahan pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung , bangunan ini telah menjadi tempat rujukan guru-guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

     Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak Felda Tenggaroh 01 , RISDA Sungai Ambat , FELCRA Sri Mersing dan kawasan sekitarnya.

 * rujukan profil sekolah