Pengurusan Data Maklumat

Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah

Pengerusi : Pn Hajjah Norsiah bt Idris

Naib Pengerusi : En Abd Jamal b Yasin

Naib Penerusi 1 : Pn Noor Alina bt Mohd Noor

Naib Pengerusi 2 : En Othman b Abd Kadir

Setiausaha : En Azlie b Ayes

Naib Setiausaha : Pn Norlina bt Mokhtar

Jawatankuasa :

  • Semua Guru SK Felda Tenggaroh 1

SENARAI TUGAS GURU DATA

 

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi)

  1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).
  2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah  yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a)       Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

  • Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
  • Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain
  • Staf bukan guru
  • Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah
  • Pendaftaran PTK
  • Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b)       Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.

c)       Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

d)       Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah  bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

  1. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.
  2. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).
  3. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data

  1. Mengemas kini data EMIS Online.
  2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan data disemak dan disahkan.
  4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.
  5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.
  6. Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS Online.
  7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.
  8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan disket backup dengan baik.
  9. Jika berlaku kerosakan komputer /talian internet segala urusan kemas kini hendaklah dilakukan di sekolah berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM.
  10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit.
  1. 9 Februari 2014 at 9:36 pm

    Wow, this article is good, my sister is analyzing these things, therefore I am going to convey her.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen