Utama > Hebahan, info, Makluman > SAJAK: MEKAR GAGASAN – SUMPAH GURU 1MALAYSIA

SAJAK: MEKAR GAGASAN – SUMPAH GURU 1MALAYSIA

MEKAR GAGASAN – SUMPAH GURU 1MALAYSIA
(Dedikasi Buat Para Guru Malaysia )
Disampaikan di Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malysia
di Stadium Putra, Bukit  Jalil pada 16 Oktober, 2010.

Aduhai, bangsa Malaysiaku

Benarlah, kata sang pujangga
Ilmu itu ibarat pelita, guru itu bagaikan lilin
Rela membakar diri, menebar  ilmu
Jasa dan bakti dicurah tanpa jemu
Cahaya melimpah di segenap penjuru.

Aduhai, bangsaku, bangsa Malaysia

Benarlah kata Sasterawan Negara
Guru…Dialah bapa, dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan  nasihat
Guru adalah pemimpin, ditauliahkan segala umat
seribu katanya menjadi hikmat.

Seorang Raja yang memerintah negara
Seorang Perdana Menteri yang memimpin bangsa
Seorang Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang Peguam yang mengendali bicara
Seorang Jurutera yang merencana pembangunan nusa
Hatta, seorang Tukang Sapu yang kecil pendapatannya, juga
Sejarahnya adalah dimulakan dari seorang guru biasa.

Kami , Guru Malaysia

Teruja pada sebuah ingatan para warga
Menyulam bangga, pabila generasi masih menghargai
Berjasa dan berbakti
Mendidik dan memimpin pada pertiwi
Secebis keringat, namun bekasnya bersemi
Citra dan cita murni profesion kami
Ikrar  dan janji sampai ke mati.

Aduhai, bangsaku, bangsa Malaysia

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan langkah bemula
Kini melonjak Keberhasilan Kualiti Pendidikan negara
Tranformasi Pendidikan, satu rangka membina bangsa berjaya
Modal insan berperibadi mulia harapan utama
Niat murni, mengangkasa bangsa, dilaksana
Pendidikan Negara Bertaraf Dunia cita-cita bersama.

Aduhai, Guruku, Guru Malaysia

Marilah…! Kita bangkit dari lena yang panjang
Memimpin dan mencipta, bangsa merdeka
Demi Malaysia tanah air tercinta
Bumi merdeka – negara nan berdaulat
Keamanan, kemakmuran, kita harumkan.

Bersatu aku di bawah payung Malaysia
Berdiri  kami di bawah pohon Malaysia
Berfikir  semua sebagai anak Malaysia
Perpaduan Kebangsaan kita semaikan
Menuai hasil berisi, penuh restu di telapak tangan.

Wawasan pemimpin – 1 Malaysia, harapan mulia
‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ’
Menyentuh kalbu, bertaut kasih pada rindu
Bangsa Malaysia bangkit menjadi bangsa peneraju.

Mari … !  Mari …!  Kita sebarkan
Agenda Pendidikan negara berteras 1Malaysia
Guru 1Malaysia – Penjana Modal Insan Cemerlang
Guru 1Malaysia – Pembina Negara Bangsa Gemilang
Guru 1Malaysia – Pemangkin Pendidikan Terbilang.

Guru 1Malaysia

Tidak rela, rumah Malaysia nan harmoni ini
Hancur lebur, dek rapuhnya patriotisme bangsa
Mekarnya gagasan 1Malaysia
Perpaduan bangsa, kami ajarkan
Pada anak didik , generasi penerus warisan.

Aduhai, Guru 1Malaysia

Marilah, kita kotakan apa yang dikata
Membulatkan harapan menuju puncak jaya
Menyambung tangan, merealisasikan integrasi bangsa
Kualiti pendidikan kita, menjulang, menyinar di segenap benua.

Sejahteralah  negaraku Malaysia, negara berdaulat
Sejahteralah bangsaku Malaysia, bangsa merdeka
1 Malaysia – 1 Semangat – 1 Harapan
Malaysia negaraku berjaya di pentas dunia.

Ini sumpah, Guru Malaysia !

Sederap  – serentak, seirama melangkah
Mekarnya gagasan, negaraku Malaysia nan tercinta
Mengotakan janji, menggapai cita-cita.

Terima kasih…

Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Pemimpin tersohor negara – Perdana Menteri dikasihi
Tajam akal menembus kebajikan rakyatnya
Sejarah melakar, memacu anjung pendidikan
Mengukir semangat rasa cintanya pada warga guru
Pendidikan anak bangsa, ditulis pada baris pertama
Profesion keguruan menjadi sanjungan mulia
Memeta wawasan bangsa 1Malaysia.

Terima Kasih…

Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Pemimpin  nombor dua negara  – Menteri Pelajaran disayang
Panglima yang bijak pada tugasnya – Panglima yang setia pada ketuanya
Berpencak, bersilat,  turun ke padang
Sehalus kekangan , sulaman santunan menjadi tikar
Tranformasi pendidikan dipastikan melonjak ke hadapan
Pemodenan pendidikan melestarikan wawasan.

Perjuanganmu…wira negara
Bersama semangat kibaran, Sang Saka Bangsa
Bersama semangat kilauan, Keris Panca Warisan
Bersama gerak tindak dan tingkah yang sekata
Tidakpun pernah kalah pada gertak pemusnah nusa
Pengorbanan sejati demi tanah air tercinta.

Terima Kasih…Wira cemerlang pada akal dan budi

Ketulusan, keikhlasan, terpancar bagaikan mentari
Keyakinan, keberanian tersebar di genggaman tangan sakti
Pendidikan 1Malaysia, menjana tranformasi.

Wahai, Guru Malaysia !

Panggilan keramat ‘Cikgu’
menggamit rindu, pada kita yang pernah berguru
Budimu yang diapungkan di dulang ilmu
Dikenang dan diingati selalu
Segunung Budimu , Selaut Kasihku.

‘Cikgu’  !  Jasa dan budimu bagai gemilang kilauan permata biru
Walaupun terbenam di sebalik pepasir membeku
Namun namamu tetap berseri, di sudut sanubariku.

Terima Kasih, Cikgu !

Nukilan:

Cg. HJ.MEGAT MD.SALEH  MD ARSHAD
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Kementerian Pelajaran Malaysia , Putrajaya

Kategori:Hebahan, info, Makluman
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: