Utama > Uncategorized > Kemangkatan DYMM SULTAN JOHOR

Kemangkatan DYMM SULTAN JOHOR

Tindakan : Semua Guru

Makluman :

KAMI WARGA SK LKTP TENGGAROH 1 MERAFAK TAKZIAH KEPADA KERABAT DYMM SULTANAH ZANARIAH DAN ANAKANDA-ANAKANDA SERTA KERABAT BAGINDA ATAS KEMANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Iskandar Al-Mutawakkil Alallah ibn Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Jajahan Takluk Johor, telah mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi pada usia 77 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok. (23 Januari 2010)

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan pengkabungan hendaklah dibuat selama tujuh hari.

Sehubungan dengan itu, kami diarahkan memaklumkan bahawa sekolah dicutikan pada hari esok (23 Januari 2010) . Hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian.

Sehubungan dengan itu juga, semua aktiviti pada hari esok dibatalkan. Pihak sekolah diminta menampal maklumat ini di pintu pagar sekolah segera.

Bendera Negeri Johor hendaklah dikibarkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang mulai esok selama 7 hari.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: